(gambar selepas kejadian:)
14 September 2017
Untuk menenangkan hati kita SEBELUM membaca blog ini....marilah sama-sama kita membaca doa yang tertera dibawah:
Pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit isu yang agak sedih tentang peristiwa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah yang telah terbakar baru-baru ini pada 14 september 2017(Khamis lalu).π
Seramai 21 pelajar dan 2 guru warden yang telah terkorban pada hari kejadian......
Marilah kita beramai-ramai mendoakan kesejahteraan mereka dan semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman....
Al-Fatihah;
Amin amin ya rabbal alamin.....
Pusat tahfiz tersebut telah terbakar pada azan subuh yang sedang berkumandang pada pagi itu. Kebakaran dipercayai bermula pada jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.
Kes tersebut telah disisasat dengan teliti dan sudah jelas ini bukan kerana unsur elektrik yang menyebabkan kebakaran pusat tahfiz tersebut tetapi kebakaran ini adalah berpunca daripada perbuatan jahat daripada 7 suspek yang berumur 11 hingga 16 tahun.
(gambar suspek berkenaan);
Pihak Bomba telah menjumpai 2 tong gas yang berhampiran dengan pintu keluar. Dua tong gas itu adalah hasil curian oleh ketujuh suspek daripada sebelah bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittafiqiah itu. Dan ada juga mengatakan suspek yang mencurigakan datang membeli minyak petrol di stesen minyak yang berhampiran pada jam 1.30 pagi.
Suspek sudah pun dikenal pasti dan telah ditangkap oleh pihak polis dan sekarang masih lagi dalam siasatan.
'IBU BAPA MANGSA DATANG DALAM KESEDIHAN DAN KEREDHAAN APABILA MENDENGAR PERISTIWA YANG AMAT MENYEDIHKAN ITU'
Kisah terjadinya peristiwa ini adalah kerana:
Pada petang itu,(sehari sebelum kejadian) pelajar tahfiz Darul Quran Ittafaqiah sedang bermain diluar kawasan sekolah mereka, dan telah melihat beberapa budak sedang menghisap dadah di sebuah pondok yang berdekatan disitu, lalu pelajar tahfiz tersebut menasihati mereka agar jangan membuat perkara yang tidak berfaedah kerana boleh menjejaskan masa depan mereka.
Dan pada pendapat saya, disitulah permulaaan persilisihan salah faham antara satu sama lain telah berlaku.
"AKHIR SEKALI, SAYA BERHARAP KES INI TIDAK AKAN BERULANG LAGI. MUNGKIN ALLAH LEBIH MENYAYANGI MEREKA DAN ADA SEBAB ALLAH MEMBERI MEREKA PERGI UNTUK MENINGGALKAN ORANG YANG TERSAYANG."
info tambahan:
“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (QS. an-Nisa’ : 93)
"nauzubillahiminzalik, harap dijauhi daripada kita semua"