Followers

Monday 16 October 2017

πŸ˜œπŸ˜πŸ’ƒPENGALAMAN "BIG & SMALL ONION"πŸ˜πŸ‘¬✋

      😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍                                  
   
                            πŸ’–Alhamdulillah habis jugak theater hari ni!!!! Penat tau......πŸ’–

  Okay Assalamualaikum semua.... hari ni nak cerita sikit dekat korang semua yang baca blog ni!
Sebenarnyerr, tu tajuk teater kitaorang (big onion and small onion).

seminggu sebelum teater............

   Sebelum memulakan persembahan teater, kami membuat persiapan dalam masa seminggu untuk bahagian "prop", "it" dan pelakon. Saya mengambil bahagian "it" bersama dengan dua orang rakan yang lain. Masa kami juga agak singkat untuk menyiapkan semua barang yang perlu ada pada hari kejadian.

   Kami juga bekerjasama untuk menyiapkan "prob" walaupun persembahan kami belum siap dan  masih perlu dibaiki, kami juga membahagi masa untuk berlakon dan menyiapkan persiapan "prop".Walaupun masa kami singkat, tetapi kami akan buat yang terbaik untuk teater kami pada minggu hadapan. Kami juga diarahkan untuk membuat poster pengiklanan teater kami kepada semua yang ada disekolah untuk menghadiri persembahan tersebut.



  pada hari kejadian.......

   Semua pelakon telah bersedia untuk meraih kemenangan diatas pentas yang tidak berupa pentas itu.Kami semua berasa berdebar-debar kerana takut ada kesilapan yang akan terjadi semasa persembahan sedang berlangsung. Apabila keputusan undi telah diambil dan disahkan bahawa kami adalah orang yang pertama akan mempesembahkan persembahan teater kami. Semua pelakon sudah mula berasa cuak dan cemas kerana akan berdepan dengan penonton tidak lama lagi.

sesudah berakhirnya teater......

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kami berasa sungguh lega selepas mengakhiri persembahan tersebut. Kami juga berharap yang usaha kami sebelum ini tidak sia-sia dan kemenangan kami akan menjadi nyata (insyaallah).

beberapa hari kemudian......

Akhirnya, keputusan yang dinanti-nantikan telah tiba dan diumumkan bahawa teater yang bertajuk 'BIG ONION AND SMALL ONION" adalah pemenang 😱😱😱. Kami berasa sungguh bersyukur kerana kerjasama dan usaha kami sebelum ini tidak sia-sia untuk mendapat kemenagan yang agak mengejutkan.

Itu sahaja daripada saya buat masa ni....
#big&smalonion
#throwback
#2017

Sunday 8 October 2017

(πŸ‘§) Wanita Lebih Baik Daripada Lelaki (πŸ‘¦)

8 Oktober 2017 (Ahad)
9.50 p.m.

Image result for anime muslim girlAssalamualaikum, kepada semua pembaca blog saya hari ini........sejurusnya saya ingin berkongsi sedikit yang boleh tentang "Wanita Lebih Baik Daripada Lelaki"πŸ‘

        Sememangnya wanita lebih baik daripada lelaki, ini kerana wanita mempunyai perwatakan yang sopan dan lemah lembut  apabila berkomunikasi dengan seseorang seperti rakan sepejabat atau di luar. Wanita juga selalu akan mendapat perhatian daripada masyarakat apabila berpakaian kemas dan seragam.
     
       Seterusnya, wanita juga bijak menguruskan masa kerana mereka amat berbakat dalam hal mengurus masa. Wanita juga bijak dalam hal pekerjaan kerana otak wanita mempunyai keupayaan penyembuhan yang lebih baik. Wanita juga pakar dalam berkomunikasi kerana mereka tahu bagaimana untuk bersosial dengan masyarakat.

        Selain itu, kajian juga mengatakan wanita hidup lebih lama berbanding lelaki.Wanita juga bijak dalam membeli belah untuk keluarga berbanding lelaki yang hanya goyang kaki di rumah.Wanita juga mempunyai kemampuan yang lebih baik dalam urusan tulis menulis berbanding lelaki. Hal ini terjadi sejak mereka kecil ketika mempelajari menulis huruf abjad.
 
        Disamping itu, wanita mempunyai IQ yang lebih tinggi daripada lelaki berdasarkan penyelidikan ujian IQ dari seluruh dunia. Kajian itu dilakukan oleh James Flynn. Dari keputusan didapati IQ wanita kebanyakan berada di atas. Dan kajian juga mengatakan kebanyakan wanita di dunia juga mempunyai tubuh badan yang langsing dan wajah yang mulus.

       Akhir sekali, wanita juga adalah orang yang perlu kita hormati kerana mereka disanjungi tinggi daripada segi akhlak yang baik. Apabila, seseorang wanita telah melahirkan seorang bayi maka disitu lah bermulanya syurga dibawah tapak kaki ibu. Doa wanita lebih termakbul daripada lelaki kerana sifat yang penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.
   
Itu sahaja daripada saya hari ini sekian terima kasih.
 

πŸ˜œπŸ˜πŸ’ƒPENGALAMAN "BIG & SMALL ONION"πŸ˜πŸ‘¬✋

      😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍                                                                   πŸ’–Alhamdu...