Followers

Sunday 8 October 2017

(πŸ‘§) Wanita Lebih Baik Daripada Lelaki (πŸ‘¦)

8 Oktober 2017 (Ahad)
9.50 p.m.

Image result for anime muslim girlAssalamualaikum, kepada semua pembaca blog saya hari ini........sejurusnya saya ingin berkongsi sedikit yang boleh tentang "Wanita Lebih Baik Daripada Lelaki"πŸ‘

        Sememangnya wanita lebih baik daripada lelaki, ini kerana wanita mempunyai perwatakan yang sopan dan lemah lembut  apabila berkomunikasi dengan seseorang seperti rakan sepejabat atau di luar. Wanita juga selalu akan mendapat perhatian daripada masyarakat apabila berpakaian kemas dan seragam.
     
       Seterusnya, wanita juga bijak menguruskan masa kerana mereka amat berbakat dalam hal mengurus masa. Wanita juga bijak dalam hal pekerjaan kerana otak wanita mempunyai keupayaan penyembuhan yang lebih baik. Wanita juga pakar dalam berkomunikasi kerana mereka tahu bagaimana untuk bersosial dengan masyarakat.

        Selain itu, kajian juga mengatakan wanita hidup lebih lama berbanding lelaki.Wanita juga bijak dalam membeli belah untuk keluarga berbanding lelaki yang hanya goyang kaki di rumah.Wanita juga mempunyai kemampuan yang lebih baik dalam urusan tulis menulis berbanding lelaki. Hal ini terjadi sejak mereka kecil ketika mempelajari menulis huruf abjad.
 
        Disamping itu, wanita mempunyai IQ yang lebih tinggi daripada lelaki berdasarkan penyelidikan ujian IQ dari seluruh dunia. Kajian itu dilakukan oleh James Flynn. Dari keputusan didapati IQ wanita kebanyakan berada di atas. Dan kajian juga mengatakan kebanyakan wanita di dunia juga mempunyai tubuh badan yang langsing dan wajah yang mulus.

       Akhir sekali, wanita juga adalah orang yang perlu kita hormati kerana mereka disanjungi tinggi daripada segi akhlak yang baik. Apabila, seseorang wanita telah melahirkan seorang bayi maka disitu lah bermulanya syurga dibawah tapak kaki ibu. Doa wanita lebih termakbul daripada lelaki kerana sifat yang penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.
   
Itu sahaja daripada saya hari ini sekian terima kasih.
 

No comments:

Post a Comment

πŸ˜œπŸ˜πŸ’ƒPENGALAMAN "BIG & SMALL ONION"πŸ˜πŸ‘¬✋

      😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍                                                                   πŸ’–Alhamdu...